MENU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan berangkat ke Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok, Segamat pada hari kedua sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023. Berangkat bersama dalam konvoi Diraja, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor; YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Turut hadir bersama mengiringi Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif, isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku memimpin jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 bersama konvoi Diraja disambut oleh Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN