MENU

Taman Negara Johor Endau-Rompin

Taman-taman Negara Johor diuruskan oleh Perbadanan Taman Negara Johor. Ia ditubuhkan pada tahun 1989 dibawah Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor (1989) dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1992.,Taman Negara Johor Endau-Rompin Peta merupakan Taman Negara Johor yang pertama dibuka iaitu pada tahun 1993.,Terdapat 6 Taman Negara Johor iaitu ER Peta, ER Selai, Taman Hutan Lagenda, Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Kepulauan Mersing.

TUJUAN PENUBUHAN TAMAN-TAMAN NEGARA JOHOR

Untuk memelihara dan memperlindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kajibumi, kajipurba, sejarah dan teknologi dan lain-lain kepentingan dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

SEJARAH 

1930       : Kerajaan negeri Johor telah mewartakan hutan Endau-Kluang dan kawasan Perlindungan Hidupan Liar Segamat sebagai hutan simpan.

1985-1986 : Persatuan Pencinta Alam (MNS) telah mengadakan ekspedisi pertama di Endau-rompin (Peta).

2002         : Ekspedisi Saintifik ke-2 dibahagian selatan TNJER iaitu berhampiran dengan Sg. Selai. Ekspedisi ini adalah kerjasama PTNJ dengan Universiti Malaya.  Taman Negara Johor Endau - Rompin (Selai) telah dibuka secara rasmi kepada pelawat pada tahun 2003.

MITOS / LAGENDA

Suatu ketika dahulu terdapat seorang puteri kayangan bernama Dayang Tuarang yang mempunyai tubuh yang panas. Dayang Tuarang sangat teringin untuk turun ke bumi tetapi selalu dihalang oleh ayahandanya. Apabila beliau turun di bumi, haba dari tubuhnya menyebabkan kemarau lalu aliran sungai yang deras dari Gunung Besar menjadi mengecil seperti sehelai rotan segemas. Lalu tempat ini dipanggil “SELAI”.

BAGAIMANA HENDAK KE TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU - ROMPIN (SELAI)

Kenderaan Persendirian 

  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan Kuala Lumpur(KL) / Johor Bahru(JB), Ikut susur keluar ke Yong Peng – Chaah – Bekok

Kenderaan Awam

  • KTM Berhad – Dari JB/KL turun di Bekok.
  • Bas Express- Dari JB/ KL turun di Yong Peng/Segamat ambil teksi atau bas tempatan ke Pekan Chaah dan terus ke Pekan Bekok.

peta

INFO TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN SELAI 


peta 2

  • 26km dari pekan Bekok.
  • Selai adalah pintu masuk barat (pintu kedua) ke Taman Negara Johor Endau Rompin.
  • Terletak di dalam daerah Segamat.
  • Endau-Rompin Selai meliputi 2/3 dari keluasan Endau-rompin Johor iaitu 29,343 hektar.
  • Mula dibuka kepada pelawat pada tahun 2003 selepas tamatnya Ekspidisi Penemuan Saintifik Kali Kedua.
  • Terletak di kaki Gunung Tiong yang berhampiran dengan perkampungan orang asli iaitu Kampung Kemidak dan Kampung Selai

 

 

PERJALANAN KE SELAI

Selepas pekan Bekok, anda akan melalui beberapa ladang kelapa sawit dan kebun sayur, seterusnya 5 perkampungan orang asli iaitu Kg. Tembayan, Kg. Kudung, Kg. Tamok, Kg. Kemidak dan Kg. Selai Masyarakat asal Orang Asli disini adalah dari keturunan Jakun. Kebanyakan penduduk disini bekerja mencari hasil hutan, berkebun dan mengusahakan ladang. Kini ramai diantara mereka yang bekerja dengan pihak PTNJ sebagai pekerja am dan pemandu pelancong.

kampung

  

konvoi

 

sawit

 

KEMUDAHAN

Lubuk Tapah (muatan max. 60 orang)

  • 20 unit Pondok Rimba
  • Dewan makan terbuka
  • Tempat memasak
  • Bilik mandi dan tandas
  • Surau
  • Bekalan elektrik (malam) dan  bekalan air paip
  • Jambatan gantung
  • Taman orkid
  • Wakaf
  • Tempat BBQ


Lubok Merekek (muatan max. 140 orang)

  • Tapak Perkhemahan
  • 2 unit dewan makan terbuka
  • Tempat memasak
  • Bilik mandi dan tandas
  • Surau terbuka
  • Tempat BBQ
  • Bekalan air paip

AKTIVITI DI SELAI

  • Berkhemah.
  • Treking ke air terjun.
  • Membuat kajian dan penyelidikan.
  • Mengambil gambar alam semulajadi.
  • Menyumpit.
  • Berenang dan bermain air.
  • Bermain tubing.
  • Memberi ikan makan.
  • Memerhati burung.
  • Melawat Arboretum.
  • Berjalan malam

TATATERTIB SEMASA PERGERAKAN

  • Setiap pergerakan ke sesuatu destinasi mestilah bersama pemandu pelancong.
  • Anda dikehendaki mengikut denai laluan yang disediakan kecuali atas sebab-sebab tertentu.
  • Harus bergerak berkumpulan dan tidak berjalan berseorangan.
  • Sentiasa berhati-hati ketika berjalan di dalam hutan.
  • Utamakan keselamatan diri


KEISTIMEWAAN

  • Selai merupakan salah satu hujan tropika yang luas dibahagian selatan Semenanjung Malaysia dan masih belum diterokai sepenuhnya.
  • Mempunyai banyak air terjun yang menarik dengan air yang bersih. Dianggarkan terdapat 7 air terjun yang menarik dengan keistimewaan yang tersendiri.
  • Kaya dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
  • Mempunyai kepelbagaian habitat yang istimewa dan hidupan liar yang sukar ditemui.