MENU

Air Terjun Sg. Bantang, Bekok

  gerbang 2   board selamat datang  

    


Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkhelahan.

Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan' jungle traking', perkhemahan dan perkhelahan. Sekiranya anda berminat, boleh menghubungi:

 Pejabat Hutan Daerah Segamat

No. Tel: 07-9312141

JUNGLE TRAKING

KATEGORI

CHECK POINT

 

KANAK-KANAK

DEWASA

 

14 CHECK POINT (1.67 KM)

22 CHECK POINT (1.79 KM)

Kemudahan yang disediakan 

Terdapat kemudahan asas yang telah disediakan seperti jambatan, tangga, tempat meletak kenderaan, tempat riadah, tandas awam, tempat persalinan pakaian dan sebagainya. Bagi mereka yang gemar berkhemah, kawasan tapak perkhemahan ada disediakan di sekitar hutan lipur ini.

 kerusi rumah merah pelampungparkingrumah

Keistimewaan  

Kawasan ini mempunyai keunikan alam semulajadinya yang tersendiri. Kegemersikan alunan percikan air yang jernih. Kemerduan nyanyian Sang Ungas. Keindahan yang membawa ketenangan dan kedamaian kepada sesiapa yang berkunjung ke sini pastinya meninggalkan memori yang indah.

 air 1 air 2 air 3air 4air 5air 6air 7air 8air 9air 10air 11air 12 air 13 

  Kemudahan disediakan di Air Terjun Sungai Bantang, Bekok