MENU

UNDANG-UNDANG KECIL 2

Pindaan Undang - Undang Kecil 23

4. Undang – undang kecil 23 undang - undang kecil ibu dipinda sebagaimana berikut –

(a) 23 (1) apa– apa barang yang dicadang atau didedahkan untuk jualan bersama – sama dengan bekasnya dan apa – apa alat yang menyertai dan juga gerai atau kereta kepunyaan orang yang berlesen atau tidak berlesen untuk bertindak sebagai penjaja di bawah undang – undang kecil ini boleh disita oleh mana – mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Yang Dipertua dan dipindahkan ke mana – mana tempat yang ditentukan oleh Yang Dipertua dan di tahan disitu atas risikonya.

(b) dengan memasukkan undang – undang kecil 23 (3) yang baru sebagaimana berikut

“ Yang Dipertua tidaklah bertanggungjawab atas apa – apa kerosakan sekiranya berlaku kepada barang atau benda yang disita dalam masa mengalihkannya dan semasa dalam jagaan Yang Dipertua “

Pindaan Undang - Undang Kecil Jadual Pertama ( Undang - Undang Kecil 8 )

5. Jadual pertama ( Undang - Undang Kecil 8 ) dipinda dengan memasukkan Jadual pertama 4 (a) hingga 4 (h) sebagaimana berikut -

(a) 200 meter dari sempadan kawasan sekolah / kolej

(b) 100 meter dari sempadan kawasan pejabat Kerajaan

(c) Di dalam rumah dan kawasan rumah kediaman

(d) Di jalan - jalan masuk dan di jalan utama kawasan perumahan

(e) Bahu-bahu jalan yang melibatkan kawasan berumput landskap taman

(f) Dalam kawasan taman permainan dan rekreasi

(g) Jalan-jalan yang diistiharkan sebagai jalan protokol

(h) Mana – mana lorong belakang, lorong tepi dan lorong – lorong susur

Undang - Undang Kecil Jadual Kedua ( Undang - Undang Kecil 19 )

6.Jadual kedua (Undang - Undang Kecil 19 ) Undang - Undang Kecil ibu adalah dipinda dengan memasukkan Jadual kedua yang baru ( Undang - Undang Kecil 19 ) sepertimana berikut -

Minimum Maksimum

1. Penjaja bergerak RM10.00 RM20.00

2. Penjaja menetap RM20.00 RM40.00

Undang - Undang Kecil Jadual Ketiga ( Undang - Undang Kecil 24 )

7.Jadual ketiga ( Undang - Undang Kecil 24 ) Undang - Undang Kecil ibu adalah dipinda dengan memasukkan Jadual ketiga yang baru ( Undang - Undang Kecil 24 ) sepertimana berikut -

1. Memindahkan gerai atau barang - barang
- RM50.00

2. Bayaran menyimpan gerai atau barang - barang
- RM10.00 bagi tempoh tidak lebih daripada 7 hari dan RM1.00 sehari kemudian daripadanya

3. Memindahkan kenderaan
- RM100.00