1 Ogos 2024 | Khamis
Satu Sesi Libat Urus telah diadakan di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis untuk membincangkan rancangan pembangunan pelancongan di kawasan tersebut. Sesi ini dihadiri oleh Yang Berhormat (YB) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, YB ADUN Tenang, En Muhammad Hafizudin bin Abdul Jalal Penolong Pegawai Daerah Segamat serta pemain industri pelancongan tempatan, termasuk pengusaha rumah inap, kraftangan, dan wakil agensi pelancongan.
Sesi Libat Urus ini dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Labis (MDL), Encik Muhamad Hafiz Bin Mokrey dengan membawa beberapa agenda :
- Labis " Fun Map"
- MDL sebagai "One Stop Centre" Pelancongan Labis
- Pakej Pelancongan di Labis
- Kerjasama Semua Pemain Industri Pelancongan Labis
- Caravan & Motorhome Day di Kolam Air Panas Labis
- Kolam Air Panas Labis "Camp Site"
Diharapkan dengan usaha bersama, kawasan Labis akan mampu menjadi destinasi pelancongan yang menarik dan berdaya saing kerana faktor tarikan alam semula jadi, warisan budaya serta kemudahan pelancongan yang ada sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi setempat.
Turut hadir bersama wakil daripada Balai Polis Labis, Ketua Balai Bomba Labis, wakil Tourism Johor dan Exco Malaysian Inbound Tourism Association (MITA).