Pemilik Laluan : Jabatan Kerja Raya (JKR)
Kontraktor : SIPP-YTL
25/6/2024, Selasa - Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Labis, Encik Shamsul Ariff bin Sulaiman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Bekok, YB Tan Chong telah membuat Lawatan Tapak bagi meninjau dan mendengar taklimat kemajuan kerja-kerja pembinaan laluan baru di Jalan Tun Razak, Labis oleh pihak kontraktor SIPP-YTL.
Tuan Yang Dipertua MDL berharap pelaksanaan projek tersebut dapat disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan bagi memudahkan dan melancarkan aktiviti penduduk Labis.
Turut hadir Tuan Setiausaha Majlis Daerah Labis, Encik Hafiz bin Mokrey, Tuan Jurutera Majlis Daerah Labis, Encik Zaid bin Misran.