26 Julai 2024 | Jumaat
Pada 26 Julai 2024 telah berlangsung Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 (KMJG 2024) yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia di Dataran Niaga Labis. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Salah satu aktiviti utama yang dilakukan dalam program ini ialah edaran Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat sebagai simbol perpaduan dan kebanggaan terhadap negara. Turut memeriahkan program pada hari ini ialah YB Puan Hajah Haslinda Binti Salleh - ADUN Tenang, Encik Saiful Hisham Bin Mansor - Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor dan diiringi oleh Inspektor Ahmad Suffi Bin Zailanudin - Ketua Polis Balai Labis, Encik Muhammad Fakhrurazie Bin Abd Razak - Pegawai Penilaian Majlis Daerah Labis, Wakil Ahli Majlis, Majlis Daerah Labis dan Ketua Masyarakat Chaah dan Bekok.
Selain itu, peserta konvoi bergerak ke Daerah Segamat bagi meneruskan perjalanan program ini . Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara komuniti setempat dan menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.