4 Julai 2024 | Khamis
Pada 4 Julai 2024, satu program gotong royong telah diadakan di kawasan Taman Muhibbah, Chaaah, bagi memerangi pembiakan nyamuk Aedes. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar daripada tempat-tempat yang boleh menjadi pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus mengurangkan risiko penularan penyakit demam denggi berikutan kawasan Taman Muhibbah adalah kawasan wabak denggi bagi tempoh 26 Jun 2024 sehingga 4 Julai 2024.
Aktiviti yang dijalankan termasuk mengutip sampah, membersihkan longkang, dan membuang air yang bertakung serta aktiviti menjurus kepada aktiviti cari dan musnah tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Pelaksanaan berfokus dapat membantu mengurangkan potensi kejadian kes demam denggi di lokaliti.
Program gotong royong ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Mereka berpendapat bahawa usaha bersama ini penting untuk memastikan kawasan perumahan mereka bebas daripada nyamuk Aedes dan penyakit yang dibawanya.
Semoga program seumpama ini dapat dijalankan secara berkala dan menjadi satu budaya dalam masyarakat, demi kesejahteraan dan kesihatan semua.
Program turut dihadiri YB Adun Bekok, Tuan Tan Chong, Pegawai Epidemiologi, Pejabat Kesihatan DaerahSegamat, Majlis Daerah Labis,Ahli Majlis,Pejabat Penerangan Daerah Segamat,Penghulu Mukim Chaah,SWM Cawangan Labis,KRT Taman Muhibbah, COMBI Kg Sungai Gatom dan COMBI Felda Redong 1, serta komuniti setempat.
HAPUSKAN AEDES CENGGAH DENGGI