Program Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Daerah Segamat Sempena Sambutan Hari Denggi Asean telah dilaksanakan hasil kerjasama daripada pelbagai agensi, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. Program yang ditumpukan di kawasan Kampung Sungai Gatom mengfokuskan kebersihan persekitaran kerana lokaliti ini merupakan kawasan berulang kes kejadian demam denggi bagi tahun 2024. Kumulatif kes yang telah dilaporkan di Kampung Sungai Gatom sehingga Jun 2024 adalah sebanyak 7 kes.
Majlis dirasmikan oleh En. Low Wei June, wakil rasmi YB Tuan Tan Chong ADUN Bekok selaku Ahli Majlis Daerah Labis/ Ketua Pemuda MCA Bahagian Labis. Turut hadir sama En.Muhammad Hafiz bin Mokrey, Setiausaha Majlis Daerah Labis dan Dr. Mohd Ridzuan bin Mohd Lutpi,Pegawai Kesihatan Daerah Segamat.
Terima kasih diatas penglibatan dan sesi libat urus semua agensi yang telah turut serta dalam menjayakan program gotong royong ini.