17 Julai 2024 | Rabu
Mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan Tahun 2024 Majlis Daerah Labis telah berlangsung hari ini dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor dan Encik Shamsul Ariff bin Sulaiman, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Labis.
Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah, Encik Muhamad Hafiz bin Mokrey, Setiausaha Majlis Daerah Labis, Puan Nur Erleta binti Abu Samah, Penolong Setiausaha Kanan (Unit Pembangunan Organisasi Dan Pengurusan Data) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, wakil-wakil delegasi daripada Perbendaharaan Negeri Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan Johor, Ketua-ketua Bahagian dan Unit Majlis Daerah Labis.