Ahad | 21 Julai 2024
Menteri Besar Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi berkesempatan melakukan lawatan ke Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis sempena lawatan kerja YAB MB ke Daerah Segamat. Lawatan ini bertujuan untuk melihat aktiviti yang terdapat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas dan melihat cadangan penambahbaikan daripada pihak Majlis Daerah Labis serta beramah mesra dengan pengunjung.
Turut sama mengiringi YAB Menteri Besar Johor ialah Tuan Masni Bin Wakiman Pegawai Daerah Segamat , En Shamsul Ariff Bin Sulaiman Yang Dipertua Majlis Daerah Labis , YB Hajah Haslinda Binti Salleh Adun Tenang, YB Tan Chong Adun Bekok serta Encik Mohd Azahar Bin Ibrahim, Ketua Whip MDL.
Pihak Majlis Daerah Labis merakam penghargaan terima kasih dan berbesar hati kepada YAB Menteri Besar Johor kerana meluangkan masa bagi memastikan Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis sentiasa bersedia untuk menerima pengunjung sempena Tahun Melawat Johor 2026. Majlis Daerah Labis akan sentiasa menambahbaik kemudahan infrastruktur serta pakej yang akan disediakan kepada pengunjung dengan sokongan Kerajaan Negeri Johor.