Majlis Daerah Labis ingin memberi Peringatan Mesra kepada semua pengunjung Pasar Malam Taman Tenang, Tenang Stesen.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan di kedua-dua arah, Jalan Persekutuan berhadapan dengan Pasar Malam Taman Tenang, Tenang Stesen.
Tindakan anda meletakkan kenderaan anda di kawasan tersebut berisiko menyebabkan kemalangan.
Gunakan kawasan parkir yang sah untuk mengelak tindakan kompaun oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kerjasama anda amatlah dihargai. terima kasih.