MENU

"KURSUS BANTUAN KECEMASAN dan BANTUAN PERNAFASAN (BASIC LIFE SUPPORT)" anjuran bersama Majlis Daerah Labis, Hospital Pantai Batu Pahat dan Klinik Rajoo (Dr Suresh Rajoo) telah diadakan pada Khamis, 23 Mei 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Labis. Seramai 50 orang peserta telah terlibat dalam program ini terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Labis termasuk Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Labis Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim serta Setiausaha Majlis Daerah Labis Syed Zainulabidin Bin Syed Abdullah. Selain itu, agensi kerajaan lain yang turut terlibat adalah kakitangan Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis, Pejabat Kemas , Bomba, Polis serta RISDA daerah Labis .Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada pegawai serta kakitangan Majlis Daerah Labis mengenai tindakan awal pertolongan cemas " CPR" kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan perubatan.

KLIK SINI UNTUK LEBIH GAMBAR