Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang dinyatakan dan berdaftar dengan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) di bawah tajuk/kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-
| BIL. | JENIS KERJA | RUJUKAN FAIL | TARIKH BUKA DAN TARIKH TUTUP IKLAN |
| 1. | KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI TAMAN DAMAI JAYA 2, CHAAH, MD LABIS | MDL/PR/2409/KE/2026 |
09 JUN 2026 (SELASA) HINGGA 16 JUN 2026 (SELASA) |
| 2. | MENAIKTARAF JALAN SERTA KERJA BERKAITAN DI KAWASAN BUKIT CANTIK, LABIS. | MDL/PR/2406/KE/2026 |
09 JUN 2026 (SELASA) HINGGA 16 JUN 2026 (SELASA) |
| 3. | MEMBINA TAMAN REKREASI DI TAMAN MUTIARA BEKOK | MDL/PPB/PROJEK-2026-6 |
09 JUN 2026 (SELASA) HINGGA 16 JUN 2026 (SELASA) |
2. Dokumen boleh didapati mulai 09 Jun 2026 (Selasa) hingga 16 Jun 2026 (Selasa) pada waktu pejabat dari 8:00 Pagi - 3:30 Petang (Isnin hingga Jumaat), 1.00 tengahari - 2.00 petang (rehat Isnin hingga Khamis) dan 12.15 tengahari - 2.45 petang (rehat Jumaat) di Pejabat Majlis Daerah Labis.
3. Kontraktor-kontraktor yang berminat memasuki sebutharga adalah dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan daripada CIDB, Sijil Taraf Bumiputera daripada PKK, Sijil Pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang ASAL, Surat Pendaftaran Cukai Jalan Dan Perkhidmatan (SST 6%) - (jika ada) serta Sijil Johor Central For Construction Development (JCCD) yang masih sah dan Kad Pengenalan Pemilik. Hanya pemilik sah yang didaftarkan di dalam SSM sahaja dibenarkan untuk berurusan dan membeli dokumen tawaran sebutharga. Pemilik sah TIDAK DIBENARKAN menghantar wakil samada menggunakan surat wakil atau surat kuasa untuk urusan ini.
