Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang dinyatakan dan berdaftar dengan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) di bawah tajuk/kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-
| BIL. | JENIS KERJA | RUJUKAN FAIL | TARIKH TUTUP |
| 1. | KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH PERPARITAN DI LORONG BELAKANG JALAN BAKAU DAN JALAN SEMARAK, TAMAN DAMAI JAYA 2, CHAAH DAN LORONG BELAKANG JALAN UBI, TAMAN DAMAI JAYA, CHAAH, MD LABIS. | MDL/PR/2400/2026 | 6 MAC 2026 |
| 2. | MEMBAIKPULIH PAGAR SERTA KERJA BERKAITAN DI DEWAN SERBAGUNA CHAAH, CHAAH, MD LABIS. | MDL/PR/2401/2026 | 6 MAC 2026 |
| 3. | MEMBAIKPULIH BAHU JALAN DAN JALAN UTAMA PASAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN, LABIS, MD LABIS | MDL/PR/2402/2026 | 6 MAC 2026 |
| 4. | MENAIKTARAF DAN MEMBERSIHKAN LONGKANG SEDIA ADA DI JALAN KESUMBAR 3, TAMAN WIRA, MD LABIS | MDL/PR/2403/2026 | 6 MAC 2026 |
2. Dokumen boleh didapati mulai 27 Februari 2026 (Jumaat) hingga 6 Mac 2026 (Jumaat) pada waktu pejabat dari 8:00 Pagi - 3:30 Petang (Isnin hingga Jumaat), 1.00 tengahari - 2.00 petang (rehat Isnin hingga Khamis) dan 12.15 tengahari - 2.45 petang (rehat Jumaat) di Pejabat Majlis Daerah Labis.
3. Kontraktor-kontraktor yang berminat memasuki sebutharga adalah dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan daripada CIDB, Sijil Taraf Bumiputera daripada PKK, Sijil Pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang ASAL, Surat Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST 6%)-(Jika ada) serta Sijil Johor Central For Construction Development (JCCD) yang masih sah dan Kad Pengenalan Pemilik. Hanya pemilik sah yang didaftarkan di dalam SSM sahaja dibenarkan untuk berurusan dan membeli dokumen tawaran sebutharga. Pemilik sah TIDAK DIBENARKAN menghantar wakil samada menggunakan surat wakil atau surat kuasa untuk urusan ini.
