27 Jun 2024
SEGAMAT | 25 JUN 2024 | Satu perlawanan persahabatan futsal di antara Majlis Daerah Labis dengan Pejabat Daerah Segamat telah berlangsung di Segamat Futsal Centre.
Perlawanan Futsal yang berlangsung dalam intensiti yang tinggi ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada kesihatan pemain, tetapi juga ikatan kerjasama dan hubungan strategik yang sekian lama terjalin bertambah erat.
Turut hadir, Tuan Pegawai Daerah Segamat, Encik Mohd Masni bin Wakiman, dan Tuan Yang Dipertua MDL, Encik Shamsul Ariff bin Sulaiman.
Terima kasih.