MENU

Taka Merluh Kg. Tenang

'TAKAH MERLUH' (bahasa orang asli) adalah dua nama yang berasingan dimana takah bermaksud bekas air dan merluh pula bermaksud tertidur. Sejarah Air terjun TAKAH MERLUH bermula beberapa orang asli menemui kawasan air terjun tersebut yang berbentuk seperti takah. Suasana yang nyaman itu mereka tertidur.Berikutan peristiwa tersebut orang asli menamakan air terjun tersebut TAKAH MERLUH.

Air terjun TAKAH MERLUH terbuka untuk semua tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan.Setiap tahun ada sahaja aktiviti perkelahan peringkat daerah dan luar daerah diadakan disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas,bilik persalinan, pondok rehat, pondok solat, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta. Jarak perjalanan antara Air terjun TAKAH MERLUH dengan pekan Labis adalah sejauh 17km sahaja. Air terjun TAKAH MERLUH telah di rizabkan sebagai Hutan Simpan Labis.

Hutan Lipur Takah Merluh di Hutan Simpan Labis yang merupakan hutan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Tarikan utama hutan lipur ini adalah keunikan air terjunnya yang mempunyai terjunan air yang bertingkat dan tebing yang agak tinggi. Flora dan fauna yang belum diterokai dan kekal keasliannya menggamit untuk dikaji dan dikenali sebagai khazanah alam yang tinggi nilaianya. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan Hutan Lipur ini. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Air Panas melalui Kg. Tenang. Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi.

 

Lokasi Air Terjun Takah Merluh