Kini anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter atau risau terlepas tarikh akhir pembayaran cukai taksiran, dengan adanya platform JOMPAY, segala urusan pembayaran boleh dilakukan bila-bila masa, di mana jua, hanya melalui hujung jari anda!
APA ITU JOMPAY?
JOMPAY adalah platform pembayaran bil nasional yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dikendalikan oleh PayNet. Ia membolehkan anda membayar pelbagai bil, termasuk cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan, secara atas talian melalui mana-mana perbankan internet atau aplikasi mudah alih bank yang menyokong JOMPAY.
Langkah-langkah Membayar Cukai Taksiran Melalui JOMPAY :
1. Log Masuk ke perbankan internet atau aplikasi mudah alih bank anda.
2. Pilih menu JOMPAY
3. Masukkan Biller Code : 61705
4. Masukkan Ref-1 (No. Akaun anda)
5. Masukkan jumlah bayaran yang ingin dibuat.
6. Sahkan butiran dan tekan Bayar.
Pautan Bank JOMPAY :