Pengenalan Labis merupakan sebuah Daerah kecil yang terletak di dalam daerah Segamat, Johor. Daerah kecil Labis terletak di utara negeri johor bersempadanan dengan DaerahYong Peng, Johor. Labis terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari tol tangkak (jika datang dari arah utara), manakala 45 minit perjalanan dari tol Yong Peng (jika datang dari arah Selatan). Daerah kecil Labis terbahagi kepada empat kawasan utama yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Labis iaitu Labis, Chaah, Bekok, dan Tenang Station. Selain itu, daerah kecil Labis mempunyai tiga kawasan kecil seperti Air Panas, Sungai Karas, dan Sawah Padi. PECAHAN MENGIKUT KAUM | PERATUS (%) | JUMLAH (ORANG) | MELAYU | 42 | 13682 | INDIA | 43 | 14007 | CINA | 13 | 4234 | LAIN-LAIN | 2 | 652 |
Selain itu, apabila menjejakkan kaki ke daerah Labis anda akan menikmati pemandangan indah banjaran gunung Tenang. Gunung Tenang mempunyai mitos tersendiri di kalangan penduduk lama di sekitar Kg. Sawah Bahru dan Kg. Tenang itu sendiri. Dari sudut pelancongan pula, Bandar Labis mempunyai tempat rekreasi yang menarik seperti air terjun Takah Meloh, Empangan Juaseh, kg org asli, dan Kolam Air Panas. Bandar Labis juga, terkenal dengan kelazatan sataynya yang dikenali sebagai ‘Satay Nayan' oleh penduduk setempat dan di usahakan oleh keluarga Roslan yang terkenal dengan rasanya yang enak dan aroma yang menambat selera. Satay Nayan ini, boleh didapati di gerai-gerai makan pada waktu malam bersebelahan atau berhadapan dengan dataran labis serta boleh didapati di simpang empat Pekan Labis dan Gerai Long Suan di Chaah.
|