APAKAH LOCAL AGENDA 21 ?
Merupakan satu program untuk masyarakat , sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) bekerjsama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
APAKAH PULA PEMBANGUNAN MAMPAN ?
Pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi-generasi masa hadapan. Bagi mencapai pembangunan mampan, pembangunan ekonomi , sosial dan alam sekitar perlulah seimbang
CIRI-CIRI LOCAL AGENDA 21
1. Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
2. Merumuskan wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan kesepakatan
3. Melibatkan masyarakat tempatan
4. Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini.
5. Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu
6. Mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
7. Merumuskan petunjuk-petunjuk
8. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan