Carian
SOALAN LAZIM
imageprint

6. Bagaimana sekiranya ianya lewat bayar?
Lewat bayar kadar akan dikenakan secara berganda sebagaimana berikut RM 5 hingga RM 150 (RM 5), RM 151 hingga RM 250 (RM 10), RM 251 hingga RM 400 (RM 15), RM 401 hingga RM 600 (RM 20), RM 601 hingga RM 800 (RM 25), RM 801 hingga RM 1000 (RM 30) dan RM 1001 ke atas (4% dari jumlah tunggakan)
7. Bagaimana pula jika tunggakan cukai tersebut gagal dijelaskan?
Sekiranya anda masih enggan menjelaskan cukai tersebur maka berdasarkan akta kerajaan tempatan 1976, tindakan berikut layak dikenakan ke atas anda iaitu ( SEK 147(1) : Notis Borang E akan dikeluarkan dan anda diberi tempoh 15 hari untuk menjelaskannya. Bayaran setiap notis ialah RM10.00 ) dan (SEK 148 : Jika tunggakan lewat juga dibayar maka waran tahanan bersama bayaran waran akan dikenakan yang membenarkan majlis mengambil tindakan seperti Merampas harta alih milik anda atau sesiapa sahaja dipegangan berkenaan, Melelong harta rampasan tersebut, Merampas harta tidak alih anda seperti bangunan kediaman milik anda, dan Melalui permohonan yang dibuat ke Mahkamah Tinggi bagi melelong harta tidak alih tersebut
8. Bagaimana cara mengelak daripada dikenakan tindakan tersebut?
Sila jelaskan bayaran sebelum 28 feb dan 30 ogos setiap tahun. sentiasa memberi keutamaan kepada cukai taksiran ini dan jangan sekali diabaikan.
9. Apa perlu dibuat jika bil taksiran tidak diterima?
Sila berhubung ke bahagian penilaian & pengurusan harta dengan cara seperti datang sendiri atau telefon (07-9251781) atau faks (07-9251308) dan bawa bersama maklumat seperti Alamat Harta, No. Akaun dan No. Lot / No. Hakmilik.
10. Apa harus dilakukan jika anda seorang penyewa bangunan kediaman/kedai/lain-lain?
Anda hendaklah memastikan pemilik berkenaan menjelaskan cukai taksiran dan jika bil taksiran diterima oleh anda, segeralah sampaikan kepada pemiliknya dan jika anda menjelaskannya, sek.151(6) akta 171, membenarkan anda memotong sewa bulanan yang patut dijelaskan kepada pemilik.
11. Apa harus dilakukan jika anda ingin membeli bangunan baru, bangunan yang dilelong atau lot kosong?
Sila pastikan cukai taksiran terdahulu telah dijelaskan. jika anda tidak pasti, sila hubungi atau datang ke majlis daerah labis, bahagian penilaian & pengurusan harta. Ini mengelakkan anda menjelaskan tunggakan orang terdahulu yang bukan bebanan anda dan jika terdapat keraguan, sila hubungi peguam anda.
12. Apa harus dilakukan jika nama belum ditukar di dalam bil taksiran sedangkan anda telah lama membeli harta tersebut?
Sila lakukan pindahmilik harta dengan cara melampirkan ( 3 salinan borang pindahmilik (borang i), 1 salinan bil taksiran terkini yang telah dijelaskan bayarannya, 1 salinan hak milik harta yang tertera nama anda, 1 salinan kad pengenalan, 1.bayaran proses rm3.00, dan 1.borang i rm1.00) dan anda boleh sempurnakan proses ini melalui peguam anda. Undang-undang di bawah Seksyen 160(6), membolehkan majlis mengambil tindakan jika anda gagal melakukan pindahmilik.
13. Bolehkah anda mendapat pengurangan cukai?
Boleh, dengan syarat anda mengemukakan alasan-alasan bangunan telah tiada disebabkan telah diruntuhkan akibat bencana alam dan lain-lain dan rezab melayu. Bagi bangunan yang telah diruntuhkan, jika bukan tanah rizab kerajaan, cukai taksiran tetap dikenakan tetapi di atas lot kosong.
14. Apa perlu dilakukan jika hakmilik bagi lot kediaman/perniagaan telah dipecah kepada 2 hakmilik yang berasingan?
Sila maklumkan kepada majlis untuk dilakuka proses pengasingan cukai taksiran dan sertakan bersama 1 salinan hakmilik yang baru. Nilaian dan cukai taksiran baru akan dikenakan.

Paparan : 2424
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 Mei 2010
imageprint
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor  
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Multimedia Super Corridor
MyID   Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi   Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA   JobsMalaysia
Paparan : 305062
Tarikh Akhir Dikemaskini : 22 Mac 2011