carian
JAWATANKUASA LOCAL AGENDA 21
imageprint

PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH LABIS 2009 – 2016

Selaras dengan usaha bagi memantapkan organisasi dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, MDL mestilah mempunyai satu hala tuju yang jelas dan strategi yang terbaik bagi memastikan perancangan, pembangunan dan perkhidmatannya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.

Pelan Strategik ini, mengandungi visi “Membawa MDL Ke Arah Pembangunan Perbandaran Berindentiti yang Mapan, Hijau dan Dinamik Menjelang 2016” dan misi “Merancang, Mengurus, Mengawal Selia dan Menyampaikan Perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat”.

Ringkasan sejarah penubuhan Majlis dan juga fungsi MDL juga dinyatakan dengan ringkas selain analisis dan persekitaran yang menerangkan ‘kekuatan dan kekurangan’ MDL, juga turut disenaraikan ‘peluang dan ancaman’ yang dihadapi oleh MDL.

Pelan Strategik ini menyenaraikan tiga (3) nilai bersama yang perlu dihayati oleh semua warga kerja MDL, iaitu sikap ingin terus Maju, Dinamik dan bertekad bagi memastikan pembangunan yang Lestari demi untuk kesejahteraan masyarakat.

Pihak MDL juga telah menggariskan lima (5) objektif strategik iaitu mewujudkan perpaduan nasional di kalangan semua kaum, mengadakan pentadbiran yang cekap dan berkesan, memperkukuhkan dan memantapkan sumber hasil Majlis, mengoptimakan penggunaan sumber secara cekap dan pembangunan mapan berasaskan teknologi hijau.

Paparan : 1078
Tarikh Akhir Dikemaskini : 17 Mei 2011
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor  
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Multimedia Super Corridor
MyID   Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi   Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA   JobsMalaysia