Taman Negara Johor Endau-Rompin

Taman-taman Negara Johor diuruskan oleh Perbadanan Taman Negara Johor. Ia ditubuhkan pada tahun 1989 dibawah Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor (1989) dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1992.,Taman Negara Johor Endau-Rompin Peta merupakan Taman Negara Johor yang pertama dibuka iaitu pada tahun 1993.,Terdapat 6 Taman Negara Johor iaitu ER Peta, ER Selai, Taman Hutan Lagenda, Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Kepulauan Mersing.

 

 

TUJUAN PENUBUHAN TAMAN-TAMAN NEGARA JOHOR

Untuk memelihara dan memperlindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kajibumi, kajipurba, sejarah dan teknologi dan lain-lain kepentingan dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

 

 

SEJARAH

1930       : Kerajaan negeri Johor telah mewartakan hutan Endau-Kluang dan kawasan Perlindungan Hidupan Liar Segamat sebagai hutan simpan.

 

 

1985-1986 : Persatuan Pencinta Alam (MNS) telah mengadakan ekspedisi pertama di Endau-rompin (Peta).

 

 

2002         : Ekspedisi Saintifik ke-2 dibahagian selatan TNJER iaitu berhampiran dengan Sg. Selai. Ekspedisi ini adalah kerjasama PTNJ dengan Universiti Malaya.  Taman Negara Johor Endau - Rompin (Selai) telah dibuka secara rasmi kepada pelawat pada tahun 2003.

 

 

MITOS / LAGENDA
   
Suatu ketika dahulu terdapat seorang puteri kayangan bernama Dayang Tuarang yang mempunyai tubuh yang panas. Dayang Tuarang sangat teringin untuk turun ke bumi tetapi selalu dihalang oleh ayahandanya. Apabila beliau turun di bumi, haba dari tubuhnya menyebabkan kemarau lalu aliran sungai yang deras dari Gunung Besar menjadi mengecil seperti sehelai rotan segemas. Lalu tempat ini dipanggil “SELAI”.

 

 

BAGAIMANA HENDAK KE TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU - ROMPIN (SELAI)

 

Kenderaan Persendirian

  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan Kuala Lumpur(KL) / Johor Bahru(JB), Ikut susur keluar ke Yong Peng – Chaah – Bekok

 

Kenderaan Awam

  • KTM Berhad – Dari JB/KL turun di Bekok.
  • Bas Express- Dari JB/ KL turun di Yong Peng/Segamat ambil teksi atau bas tempatan ke Pekan Chaah dan terus ke Pekan Bekok.

peta

Pages: 1  2  3  4  5