MENU

Majlis telah berlangsung pada 8 Oktober 2016 di Dewan serbaguna Chaah pada jam 11.00 pagi. Majlis turut dihadiri dan disumbangkan oleh Pihak Majlis Daerah Labis, Pihak Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Awam, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis, Tuan Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, YB Mohd Azahar Bin Ibrahim- Adun Tenang dan Datuk Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis, merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Majlis bermula dengan pendaftaran oleh mangsa- mangsa ribut, kemudian Ucapan takziah dan rasa simpati daripada YB Mohd Azahar Bin Ibrahim- Adun Tenang dan ucapan daripada Datuk Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis, merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sumbangan telah disampaikan kepada mangsa-mangsa ribut oleh Datuk Chua Tee Yong, diiringi oleh YB Mohd Azahar Bin Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Labis, Tuan Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad.