MENU

CHAAH: Tuan Yang DiPertua MDL hari ini meluangkan masa lebih satu jam mengunjungi Pusat Komuniti, Taman Chaah Baru, Chaah pada 20 November 2016. Pada lawatan tersebut Tuan YDP turut disertai oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis merangkap Timbalan Menteri MITI, Encik Mansor Birat, Ketua WHIP MDL, Ahli-Ahli Majlis MDL, Pegawai MDL serta Pemimpin Masyarakat setempat.Sempena lawatan ini Tuan YDP telah diberikan taklimat ringkas mengenai kemajuan projek Pusat Komuniti tersebut.